KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.
"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka.
“Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden Pas) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar,” kata Karpal.
Aiyoo apa sudah jadi ni. Karpal Singh sendiri cakap Mat Sabu manusia yang tak boleh pakai. Hahahaha lawak gila tengok muka Mat Sabu sekarang. Dah tak tentu arah dibuatnya. Semuanya gara gara mulut cabul dia yang tak boleh ditutup. Sekarang siapa nak tolong Mat Sabu. Nik Aziz nak tolong? Lagi lawak hahahaha.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
mat syabu mmg bangang! dia 2 bapak komunis alaf baru..
DAP-PKR-PAS: cuba berkongsi bahtera tetapi haluan berbeza.
Post a Comment