Lovely Friend

Wednesday 7 September 2011

Politician Is Enemy At The Gate

THINGS THAT PEOPLE SHOULD KNOW ABOUT POLITIC


THE COMMON PROBLEM IN POLITIC IS THERE 'S ALWAYS A TRAITOR


REMEMBER THIS IF YOUR WANT BE A POLITICIAN

1. Kegagalan BN menguasai kerusi-kerusi Parlimen dan DUN adalah dilihat kerana kegagalan wakil-wakil rakyat tertentu dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

2. Kemenangan pihak pembangkang adalah terjemahan dari undi protes dari rasa tidak puas hati rakyat.

3. Sebenarnya parti pembangkang tidak pun menarik minat dan mendapat kepercayaan rakyat majoriti.

4. Kebijaksanaan pembangkang hanyalah memanapulasikan keadaan dengan meletak segala kesalahan kepada kerajaan memerintah @ BN @ UMNO.

5. Segala yang salah berlaku maka UMNO BN lah yang dipersalahkan, sehingga ada yang berkata jika anak ayam dilanggar lori pun maka salahnya adalah pada UMNO BN juga.

6. Pemimpin pembangkang menuding jari menyalahkan kerajaan dan para pemimpin memerintah, para penyokong pembangkang pun menuding jari kearah yang sama, hatta pada kesalahan atau sesuatu yang mereka sendiri ciptakan.

7. Mereka terlupa bahawa mereka juga berbuat salah bahkan mereka dalam banyak hal adalah punca segala masalah.

8. Kita juga jangan terlupa bahawa penjawat awam yang menyokong pembangkang juga berbuat salah dengan mensabotaj banyak agenda kerajaan memerintah.

9. Siapa sebenarnya pengkhianat dan 'duri dalam daging' dalam negara kita?

Sumber : BH

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

PAS Lebih Zalim Dari Mat Indera


Yayasan Warisan Johor (YWJ) menjelaskan terdapat satu lagi artikel dalam buku Pengukir Nama Johor berjudul Bajuri Haji Siraj, hasil kajian dan tulisan Sahgidon Dirhan yang menyifatkan Muhamad Indera sebagai pemimpin komunis Melayu yang melakukan kekejaman terhadap bangsanya sendiri.

Pengarahnya, Muhamad Fuad Radzuan berkata, buku tersebut merupakan hasil kajian penyelidik dan penulis individu walaupun mungkin boleh menimbulkan kontroversi dan terserah kepada masyarakat khususnya sejarawan untuk mentafsir dan menilainya.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pentafsiran daripada golongan yang tidak arif dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat.

Katanya, ini kerana tujuan penerbitan keenam-enam buku berkenaan tokoh Johor adalah untuk mengumpul seberapa banyak maklumat tentang mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang dan bidang.

“YWJ pada dasarnya memberi kebebasan kepada para penyelidik dan penulis sejarah berkenaan mengemukakan hasil kajian dan penulisan masing-masing dalam bentuk karya akademik popular.

‘‘Dengan harapan, ia dapat merangsang penulis lain memperkembang maklumat yang terdapat di dalamnya supaya menjadi lebih komprehensif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada sidang akhbarnya semalam, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan ‘yakin’ mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.


Dalam kita sibuk memperkatakan tentang kezaliman Mat Indera dan komunis, kita tidak seharusnya lupa bahawa PAS juga bertindak zalim keatas umat islam dinegara ini. Walaupun PAS masih belum ketahap mengangkat senjata, tetapi dakyahnya telah mempengaruhi segelintir umat islam sehingga berlaku perpecahan didalam umat Muhammad s.a.w.

Siapa yang lupa bahawa suatu masa dahulu seorang pemimpin PAS yang bergelar Haji telah mengeluarkan amanat pada tahun 1981 dengan mengatakan orang orang UMNO itu adalah kafir. Kafir kerana orang UMNO tidak mahu mengikut telunjuk pemimpin PAS. Kafir kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC didalam usaha memajukan negara ini.

Sikap begini tak ubah seperti komunis yang memerangi umat islam suatu ketika dahulu. Jika komunis memerangi umat islam dengan senjata dan membunuh, pemimpin PAS memerangi umat islam dengan cara memecahbelahkan umat islam dengan fahaman politik sesat. 

Lihatlah bagaimana mereka mengangkat seorang pengamal homoseksual sebagai pemimpin. Lihatlah bagaimana mereka mereka mempergunakan al Quran dan al sunnah untuk kepentingan politik mereka. Lihatlah bagaimana mereka membela golongan nasrani daripada membela pejuang islam yang cuba mendedahkan isu murtad.

Pecahnya perpaduan umat islam di negara ini adalah kerana kerakusan PAS untuk berkuasa. Sesungguhnya PAS telah berlaku zalim kepada umat islam di negara ini.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Tuesday 6 September 2011

Peristiwa Bukit Kepong Berulang Di Kuantan



Perghhh gara gara mulut busuk Mat Sabu, hari ini balai polis Kuantan pula diserang. Tetapi kali ini lain pula ceritanya.47 buah NGO dari seluruh negeri Pahang telah berhimpun bagi membantah kezaliman Mat Sabu. Dianggarkan lebih 300 orang hadir bagi menzahirkan bantahan mereka.

Korang boleh baca selanjutnya kat sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Azmin Disumpah Ibu Pagi Raya Lepas?

Semalam, saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, yang merupakan Ahli Parlimen Gombak.

Tak payahlah saya sebutkan “siapa” dan beliau merupakan adik beradik Azmin yang keluar dari perut ibu yang sama. Dalam perbualan saya dengannya semalam, beliau sempat menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Menurut beliau, Azmin dan keluarganya sudah hampir 10 tahun tidak beraya di rumah ibu kandungnya itu. Dan Hari Raya kali ini pun, Azmin hanya pulang beberapa hari selepas 1 Syawal.

Sebelum pulang ke rumah ibunya, seperti biasa, Azmin akan menghubungi ibunya untuk bertanyakan sama ada keluarga Kak Long, Kak Lang, Ummi Hafilda dan adik-beradiknya yang lain ada di rumah ibunya atau tidak. Bertanyakan hal itu, Azmin menggunakan bahasa yang sangat “lembut” dengan ibunya…

“Betina-betina sundal sial tu ada kat rumah mak tak?” soal Azmin pada ibunya.

“Astaghfirullah Min..diorang semua tu kan anak-anak mak juga..” balas ibunya.

“Ahhhh..! Tak payah nak ceramah…betina-betina sundal semua tu ada ke tidak?”, Azmin memotong cakap ibunya.

Dan Azmin, bersama Shamsidar dan anak-anak mereka pulang juga ke rumah ibunya itu. Menurut ahli keluarga Azmin ini, ketika pulang ke rumah ibu mereka, Azmin buat perangai “elok”nya. Masuk saja ke rumah, Azmin terus meluru kepada ibunya yang berada di dalam rumah. Ketika itu, beberapa orang adik beradik Azmin, termasuk abang ipar Azmin berada di luar beranda rumah bersembang-sembang sesama mereka…

Tiba-tiba, Azmin bergegas keluar bersama keluarganya. Mukanya bengis, masam dan tak manis langsung!

Baca selanjutnya disini


Perghhh hebatnya akhlak pemimpin PKR. Sampai derhaka kepada ibu sendiri. Perangai orang tua lebih teruk daripada perangai orang muda. Azmin Suck!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Enggan Ambil Tindakan - Puak PAS Meroyan

Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV, yang terkorban ketika bertugas bersama Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malysia di Somalia, tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur misi itu.

Ayah Allahyarham, Mohd Nor Abdul Majid berkata tiada pihak yang bersalah dalam peristiwa itu dan setakat ini segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ke urusan pengkebumian Noramfaizul.

"Apa yang berlaku adalah ketentuan, semua perkara berjalan lancar setakat ini, tiada siapa pun boleh dipersalahkan," katanya kepada pemberita di kediamannya, dekat sini pada Isnin.

Sepupu kepada arwah, Rodzana Esa juga berkata setakat ini semua anggota keluarga masih lagi dalam fasa untuk meredakan perasaan sedih masing-masing dan perkara seperti untuk panjangkan ke mahkamah tidak difikirkan.

"Kami semua redha dengan apa yang berlaku," katanya. (mystar)


Cuba bayangkan sekiranya perkara seperti  ini terjadi kepada ahli keluarga puak pembangkang. Habis satu dunia dicanangnya UMNO membunuh orang. Malah sudah pasti berduyun duyun peguam DAP yang menawarkan bantuan guaman. Itu belum campur dengan pesta lilin yang ditaja oleh Nizar 3 suku.

Puak pembangkang terutama puak PAS langsung tak boleh menerima ketentuan Qadak dan Qadar. Semuanya mahu disalahkan kepada orang UMNO. Anak ayam mati kena gelek loripun dia salahkan orang UMNO.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Monday 5 September 2011

Mat Sabu & Karpal Singh Menari Shuffle


DRAMA dan LAKONAN semata2. Itu maklumat yang diberitahu beberapa Pemimpin Vateran PAS di sekitar Gombak. Kenyataan Mat Sabu yang ditentang Karpal Singh telah dirancang. Apa motifnya? Mat Sabu dijadikan Kambing Hitam menggegar Negara dengan mengeluarkan kenyataan menghina Anggota Polis dan Pegawai2 Keselamatan Bukit Kepong.

Kenyataan balas DAP melalui Karpal Singh membela dan menggelar barisan parajurit Bukit Kepong sebagai Pejuang Melayu. Ini strategi pertama mereka yang telah dibincang sekian lama dalam menjulang DAP dan memberi keyakinan terhadap sokongan Pengundi2 Melayu terhadap parti serpihan PAP Singapura itu pada PRU13. Ini juga dikatakan mukadimah buat DAP setelah mengugut Anwar untuk memberikan beberapa kerusi PKR di kawasan2 Melayu seperti Perak dan Pulau Pinang, selari dengan kenyataan beberapa Pemimpin DAP Negeri Pulau Mutiara itu sebelum ini.

Strategi ini juga memperlihatkan populariti Mat Sabu semakin meningkat setaraf dengan musuh dalam selimut beliau bernama Anwar Al Juburi. Ianya juga sedikit sebanyak dapat menaikkan lagi semangat kebencian masyarakat bukan Melayu terhadap Kerajaan pimpinan UMNO seterusnya lebih yakin dengan Pakatan.

Baca selanjutnya disini


Hahahaha aku dah agak dah benda ni. Sebabnya bila Karpal marahkan Mat Sabu, tiada seorangpun pemimpin dan blogger PAS yang berbunyi. Semuanya senyap sunyi seolah olah dah tahu sesuatu. Lagipun bagi aku, apa saja yang keluar dari mulut orang politik pembangkang ni, dari 10 satupun belum tentu kita boleh percaya. 

Kalau dia cakap mak bapak dia matipun, aku memang payah nak percaya. Sebab apa? Sebabnya dorang ni suka menipu. Korang pernah dengar cerita pengembala kambing dengan serigala? Apa kesannya pada orang yang suka berbohong? Korang bacalah balik kisah tu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Friday 2 September 2011

Hj Hadi Idam Jawatan MB Kedah?


The Star memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.


Waaa hebatnya pergolakan PAS. Sampaikan mahu ada pemimpin sendiri mati. Inilah ajaran PAS. Kerana gila kuasa, sanggup doakan pemimpin sendiri mati. Kalau Azizan ini ada orang PAS sendiri nak dia mati, apatahlagi Nik Aziz. Mesti lagi ramai ahli PAS yang mahukan orang tua tu mati.

Mungkin Hj Hadi sendiripun tak sabar nak pegang jawatan Murshitdul Am PAS. Maklumlah jawatan paling besar dalam PAS. Kalau kat Iran dah sama taraf dengan jawatan Ayatollah hehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca