MEMANG cukup istimewa apabila sambutan Aidilfitri tahun ini disambut serentak dengan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54.
Dalam kita bergembira menyambut Syawal yang sudah pun memasuki hari kedua, sebagai rakyat Malaysia juga tidak seharusnya melupakan tarikh keramat 31 Ogos yang telah merubah kehidupan kita secara total.
“Saya harus akui Hari Raya kali ini cukup istimewa kerana kita juga meraikan Merdeka. Pada pendapat saya ini merupakan cara yang paling baik untuk meraikan bulan Merdeka apabila kita dapat beraya bersama-sama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
“Di sinilah kita dapat melihat keharmonian dan keserasian walaupun daripada bangsa yang berbeza. Apabila kita menyambut sesuatu perayaan, kita juga sepatutnya berkongsi kegembiraan tersebut dengan orang lain,” demikian luahan Yuna sewaktu membuka bicaranya apabila diminta memberikan pendapat tentang sambutan berganda Merdeka dan Syawal tahun ini.
Namun, apabila memperkatakan tentang merdeka, barangkali ada yang berpendapat anak muda hari ini semakin jauh menyimpang dari landasan sebenar mereka.
Kerana terlalu asyik mengagungkan budaya luar, anak muda hari ini telah dilabelkan sebagai lupa diri sehingga melupakan pengorbanan waris terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan negara.
“Merdeka adalah satu peringatan bahawa kita semua sebagai rakyat Malaysia, tak kira apa jua bangsa, hanya mahukan kehidupan yang selesa dan gembira tanpa persengketaan.
“Ia juga mengingatkan kita untuk terus rasa bersyukur kerana kita hidup di negara yang aman damai dan bebas dari krisis-krisis. Tidak seperti negara-negara yang lain yang sedang mengalami krisis dan peperangan.
“Sesuatu yang agak menyedihkan apabila kadang kala saya lihat ramai yang lupa yang kita sebenarnya sangat bertuah untuk hidup di bumi Malaysia,” jelas Yuna dalam sesi fotografi yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Eeeeeu kalau betul Mat Sabu ada hati dengan Yuna, geli gila aqu dowh. Tak dapat aqu bayangkan macammana orang tua angau cinta ^_^"
No comments:
Post a Comment