Lovely Friend

Tuesday, 6 September 2011

Enggan Ambil Tindakan - Puak PAS Meroyan

Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV, yang terkorban ketika bertugas bersama Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malysia di Somalia, tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur misi itu.

Ayah Allahyarham, Mohd Nor Abdul Majid berkata tiada pihak yang bersalah dalam peristiwa itu dan setakat ini segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ke urusan pengkebumian Noramfaizul.

"Apa yang berlaku adalah ketentuan, semua perkara berjalan lancar setakat ini, tiada siapa pun boleh dipersalahkan," katanya kepada pemberita di kediamannya, dekat sini pada Isnin.

Sepupu kepada arwah, Rodzana Esa juga berkata setakat ini semua anggota keluarga masih lagi dalam fasa untuk meredakan perasaan sedih masing-masing dan perkara seperti untuk panjangkan ke mahkamah tidak difikirkan.

"Kami semua redha dengan apa yang berlaku," katanya. (mystar)


Cuba bayangkan sekiranya perkara seperti  ini terjadi kepada ahli keluarga puak pembangkang. Habis satu dunia dicanangnya UMNO membunuh orang. Malah sudah pasti berduyun duyun peguam DAP yang menawarkan bantuan guaman. Itu belum campur dengan pesta lilin yang ditaja oleh Nizar 3 suku.

Puak pembangkang terutama puak PAS langsung tak boleh menerima ketentuan Qadak dan Qadar. Semuanya mahu disalahkan kepada orang UMNO. Anak ayam mati kena gelek loripun dia salahkan orang UMNO.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

betul...

kononnya lebih beriman drpd org lain. tapi beriman dgn Qada dan Qadar pun tak reti.

memalukan!