Lovely Friend
Wednesday, 31 August 2011
PAS Mengaku Talibarut Komunis Sejak Dahulu?
Ya!!! Itulah yang cuba diketengahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat ni sebenarnya. Dia nak mengakui bahawa PAS memang ada persamaan dengan PKM.
Dalam usaha menegakkan benang basah yang dicetuskan oleh Si Mat Syabun baru - baru ini, Pak Berahim mempertikaikan mengenai sejarah Kemerdekaan Negara.
Dia dilihat sengaja mahu memutar belitkan fakta dengan menyatakan bahawa perjuangan komunis pada ketika itu adalah untuk menentang penjajahan British.
Kata Pak Berahim, apa yang dilakukan oleh PKM itu sama seperti apa yang dilakukan oleh pejuang - pejuang Anti Penjajahan dizaman dahulu.
Dia nak samakan apa yang dibuat oleh Komunis dengan perjuangan Tok Bahaman, Tok Janggut, Tok Gajah dan Mat Kilau. Mungkin, Pak Berahim ni dah tersalah baca buku sejarah kot. Dia tak sedar apa yang dia cakap tu jelas berlainan dengan fakta sebenar.
Pejuang - pejuang seperti Tok Janggut, Tok Bahaman dan sebagainya tu adalah untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhan.
Manakala perjuangan PKM adalah kerana mereka tidak diiktiraf oleh pihak British dan tidak diberikan kuasa untuk mentadbir Negara.
Kewujudan mereka seolah - olah dinafikan oleh pihak British sewaktu tuntutan Kemerdekaan dibuat pada ketika itu. Mereka terasa perjuangan mereka dipinggirkan.
Maka sebab itulah puak - puak Komunis ni bangkit dan membantah perjanjian yang telah dibuat untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Agendanya mudah. Mereka nak wujudkan 'social tension' diantara kaum didalam Negara agar perjanjian yang dimeterai itu GAGAL dilaksanakan.
Samalah dengan apa yang dibuat oleh DAPigs ketika tercetusnya tragedi 13 Mei. Tujuannya adalah untuk membatalkan perjanjian yang telah dibuat.
Sumber: Semut Hitam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment