Lovely Friend

Friday, 26 August 2011

Adakah Pemimpin UMNO Berani Mati ?


Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan, Datuk Shahrizat Jalil mendesak supaya BN meletakkan 30%  wanita bertanding dalam PRU akan datang. Kononnya, ini bagi mengiktiraf jasa kaum hawa, sekaligus mengangkat martabat dan mengakui peranan mereka dalam pendidikan, ekonomi dan kepimpinan negara.

Sedap bunyinya jika didengar oleh rakyat tetapi adakah ianya benar benar ikhlas dan jujur? Aku ni bukannya apa. Cuma ada terdengarlah satu cerita ni. Cerita tak sedap sebenarnya. Datuk Shahrizat Abdul Jalil ada membuat sambutan Hari Wanita di PWTC. Tapi malangnya salah seorang wakil rakyat wanita ADUN Pahang tidak dijemput.

Apa kejadahnya "mendesak supaya BN meletakkan 30%  wanita bertanding" sedangkan seorang ADUN PAhang, satu-satunya ADUN wanita  dalam Dewan Undangan Negeri Pahang, boleh tidak dijemput?

Janganlah sampai ke saat ini, sesama UMNO masih lagi bergelut dengan masalah dalaman. Kita sekarang memerlukan winnable candidate. Nak dapatkan winnable candidate pun bukannya senang. Ingat rakyat bodoh bodoh ke sekarang. Kalau dulu letak batu nesan pun UMNO boleh menang. Tapi sekarang mencari winnable candidate macam mencari jarum dalam jerami rumput.

UMNO sekarang perlu berubah. Jangan hanya bercakap dimulut tetapi niat dihati lain. Rakyat melihat semua itu.  Ketepikan semua perangai buruk, gila kuasa dan jaga kroni. Kalau mahu menang, perangai pemimpin perlu berubah, barulah anak buah akan hormat dan berubah.


Ibarat kata sahabat aku, 
Setidak-tidaknya, wakil rakyat berkenaan dipilih rakyat, bukan masuk pintu belakang dengan menjadi senator untuk dilantik menjadi menteri kerana kalah di parlimen sendiri. Hormatilah suara undi-undi akar umbi beliau.
Sayangkan Agama, Bangsa dan Negara, Pemimpin UMNO perlu berubah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

4 comments:

YY said...

Ni la masalah org atas... ikut PM la nak taruk sapa... alahai.. lps raya ada ketua bahagian nak kena balun... tunggu.. :)

Jeffry said...

HARAP2 SHAHRIZAT CKP SERUPA SAMA BIKIN..HUHUHU

YB Raz said...

jeff: harap begitulah bro.

YB Raz said...

yy: kalau nak menang, jangan ada gaduh sesama sendiri..tak kiralah berlainan pendapat tapi semua tu tolak tepi untuk kepentingan parti.