Yayasan Warisan Johor (YWJ) menjelaskan terdapat satu lagi artikel dalam buku Pengukir Nama Johor berjudul Bajuri Haji Siraj, hasil kajian dan tulisan Sahgidon Dirhan yang menyifatkan Muhamad Indera sebagai pemimpin komunis Melayu yang melakukan kekejaman terhadap bangsanya sendiri.
Pengarahnya, Muhamad Fuad Radzuan berkata, buku tersebut merupakan hasil kajian penyelidik dan penulis individu walaupun mungkin boleh menimbulkan kontroversi dan terserah kepada masyarakat khususnya sejarawan untuk mentafsir dan menilainya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pentafsiran daripada golongan yang tidak arif dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat.
Katanya, ini kerana tujuan penerbitan keenam-enam buku berkenaan tokoh Johor adalah untuk mengumpul seberapa banyak maklumat tentang mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang dan bidang.
“YWJ pada dasarnya memberi kebebasan kepada para penyelidik dan penulis sejarah berkenaan mengemukakan hasil kajian dan penulisan masing-masing dalam bentuk karya akademik popular.
‘‘Dengan harapan, ia dapat merangsang penulis lain memperkembang maklumat yang terdapat di dalamnya supaya menjadi lebih komprehensif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pada sidang akhbarnya semalam, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan ‘yakin’ mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.
Dalam kita sibuk memperkatakan tentang kezaliman Mat Indera dan komunis, kita tidak seharusnya lupa bahawa PAS juga bertindak zalim keatas umat islam dinegara ini. Walaupun PAS masih belum ketahap mengangkat senjata, tetapi dakyahnya telah mempengaruhi segelintir umat islam sehingga berlaku perpecahan didalam umat Muhammad s.a.w.
Siapa yang lupa bahawa suatu masa dahulu seorang pemimpin PAS yang bergelar Haji telah mengeluarkan amanat pada tahun 1981 dengan mengatakan orang orang UMNO itu adalah kafir. Kafir kerana orang UMNO tidak mahu mengikut telunjuk pemimpin PAS. Kafir kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC didalam usaha memajukan negara ini.
Sikap begini tak ubah seperti komunis yang memerangi umat islam suatu ketika dahulu. Jika komunis memerangi umat islam dengan senjata dan membunuh, pemimpin PAS memerangi umat islam dengan cara memecahbelahkan umat islam dengan fahaman politik sesat.
Lihatlah bagaimana mereka mengangkat seorang pengamal homoseksual sebagai pemimpin. Lihatlah bagaimana mereka mereka mempergunakan al Quran dan al sunnah untuk kepentingan politik mereka. Lihatlah bagaimana mereka membela golongan nasrani daripada membela pejuang islam yang cuba mendedahkan isu murtad.
Pecahnya perpaduan umat islam di negara ini adalah kerana kerakusan PAS untuk berkuasa. Sesungguhnya PAS telah berlaku zalim kepada umat islam di negara ini.Terima Kasih Kerana Sudi Membaca